Sakit Hati lebih baik dari Sakit Gigi
SAKIT GIGI
Sakit gigi memang menyakitkan.. semua orang pernah alami baik sesama kecil mahupun dewasa. Wanita hamil juga sering mengalami sakit gigi dan digalakkan membuat pemeriksaan gigi.. kalau dah rasa gigi sakit tu better g jumpa doktor, cabut gigi.
JUMPA DOKTOR GIGI
Last time umie pergi jumpa doktor gigi adalah pada tahun 2009.. itu pun sebab dah rasa sakit sangat.. doktor tak boleh nak cabut gigi sebab akar gigi masih kuat lagi cuma gigi dah rosak. Ramai yang kata, kalau dah sakit gigi ni ubatnya cabut gigi. Umie ni jenis yang penakut sikit (penakut banyak sebenarnya...heheh).. heheh... so bertahan la kalau sakit gigi...
3 MINGGU DAH SAKIT GIGI
Macam-macam dah usaha umie buat untuk sembuhkan sakit gigi ni.. dah macam-macam petua umie amalkan. Umie dapat rasakan kalau kumur guna air garam.. xda pulak rasa pedih sebab gigi berlubang, tp... yang paling ketaranya apabila gigit makanan yang masih panas.. ngilu dan nyerinya... hanya Allah yang tahu... time tu la sakit gigi nak menyerang. Boleh menitiskan air mata tau..kalau nyeri ni mata umie ni macam kena dodoi jer.. ubatnya tidur..
nyut~~nyut~~ sakit gigi |
SAKIT GIGI
2 hari lepas umie kena serang sakit gigi, macam-macam umie buat, letak minyak angin kat pipi la sebab dah bengkak, tidur la..pun x beransur gak, kumur ngan air garam la.. kumur guna listerin la.. tidur kejap dan bangun balik still sakit gak.. then umie guna petua lain pulak...
Entah kenapa umie sangat tertarik pada bawang putih.. banyak gak petua umie baca pasal bawang putih ni..
Bawang putih ni bahan yang kita senang nak cari sb banyak kat dapur rumah kita. Kalau rumah tak ada bawang putih tu boleh la gi beli kat kedai..hehehe. Tapi berani ker nak guna bawang putih mentah ni... suka ker pada bau bawang putih ni?
Kalau umie surrender.. bawang pun x makan melainkan bawang rangup yang digoreng..hehehe
Khasiat bawang putih ni boleh mengurangkan sakit dan infeksi pada gigi. Bawang putih juga banyak senyawa kimia untuk melawan bakteria dan mengurangi inflamasi. Khasiat bawang putih ni bukan setakat bagus untuk gigi tetapi sesuai juga untuk penyakit jantung, kanser dan selsema.
GARLIC DAN BUNGA CENGKIH
Disebabkan tak makan bawang putih mentah, so umie amalkan tablet garlic dari shaklee ni. umie makan 3 biji selepas makan. dan letak 2-3 biji bunga cengkih ni pada gigi dan alhamdulillah.. beransur baik dan bau bunga cengkih tu pun wangi.. Walaupun gigi dah ok.. umie pun control makan makanan yang boleh menyebabkan gigi sakit terutamanya makanan manis, panas dan keras.
So, kalau ada yang selalu sakit gigi tu.. boleh la amalkan petua yang umie guna ni. Mana tahu ia berkesan juga untuk masalah sakit gigi anda.
Comments
Post a Comment