Perbezaan Protein EPS, CInch Shake dan Life Shake

Mungkin ada yang keliru dengan protein shaklee

Sebenarnya setakat ni ada 4 protein yang shaklee keluarkan iaitu Mealshakes, ESP, Cinch Shake dan Life Shake. Tetapi Mealshake ni khas untuk kanak-kanak. Jadi kat sini umie bagi perbezaan untuk 3 protein Shaklee. Protein Shaklee guna ini adalah dari sumber kacang soya

Pertama sekali adalah ESP dan memang ramai yang tahu ESP ni. Dari ESP ini di cipta, diproses dengan penuh teliti sebab ESP ni boleh diminum termasuk warga tua dan ibu pengandung.

ESP ni untuk yang nak amalkan setiap hari pun tak ada masalah malah lebih bagus dalam untuk mengurangkan kolestrol dalam badan. Sekarang ni shaklee dah keluarkan 2 jenis pakaging berbeza untuk ESP ni dan harga juga berbeza. Bagi yang bekerja di luar rumah dan nak cepat sediakan sarapan di pejabat boleh dapatkan ESP Sachet. 1 kotak mengandungi 10 sachet dan yang bentuk tong pulak boleh kita simpan di rumah bila menyediakan sarapan pagi.

ESP ni bukan sekadar mengandungi soya sahaja tapi terdapat 9 vitamin dan mineral lain. Ia tidak mengandungi kolestrol, Glisemik indek rendah dan Non GMO



Cinch Shake ni pulak pada yang ingin nak menurunkan berat badan boleh amalkan Cinch Shake ni. Antara best seller shake jugak. Masa umie buat entri blog ni cinch shake memang totally dah habis dah dalam sistem sebelum Raya Haji tu dah. Memang ramai peminat cinch ni sebab cinch ada 3 perasa iaitu cokalt, vanila dan cafe latte. Masing-masing ada peminatnya. Kalau yang minum kopi tegar boleh try cinch latte sebab rasanya pun memang rasa coffee malah lebih sedap dan berkhasiat.

Kandungan leucine dalam cinch ni memang tinggi dan sesuai untuk yang nak turunkan berat badan tanpa buat badan jadi mengelebeh dan bina otot badan. Kandungan vitamin dan mineralnya pun lebih tinggi dari ESP iaitu terdapat 20 jenis. Ini kerana dalam nak proses menurunkan berat memang badan perlukan vitamin dan mineral yang banyak untuk bina otot badan dan sentiasa bertenaga.



Seperti entri sebelum ni umie pernah ceritakan mengenai Life Shake ni then ini lebih detail lagi. Life Shake ni pun berasaskan soya dan ada protein tambahan berbanding ESP dan Cinch Shake. Selain protein soya terdapat juga protein darii biji labu dan chia seed. Disebabkan itulah teksture Life Shake ni lebih kasar dari ESP dan Cinch Shake disebabkan oleh serat-serat yang terdapat dalam Life Shake.

Kandungan Vitamin dan mineral terdapat 24 jenis lebih berbanding ESP dan Cinch. 6 gram serat sedangkan ESP dan Cinch Shake tiada serat di dalamnya.  Kelebihan paling ketara dalam Life Shake ni adalah terdapat ekstrak Elderberry, Prebiotik, Enzim Percernaan dan Reb M(pemanis). Bila bercakap mengenai Prebiotik, di pasaran sekarang ni nak beli Prebiotik dijual berasingan dan harga lebih mahal berbanding Shaklee yang telah mencipta protein yang sedia ada prebotik di dalamnya.

Life Shake seperti protein laiun jugak yang tidak mengandungi kolestrol, 0 tranfat, GI rendah dan Non GMO.



Itulah perbezaan diantara ke 3 protein shaklee yang sedia mempunyai fungsi tertentu untuk kesihatan badan. Ketiaga -tiga protein ini boleh diamalkan dengan fungsi yang berbeza. Boleh dapatkan penerangan lebih lanjut dari umie atau dari pengedar shaklee berdekatan you all.

boleh whatsapp umie seperti nombor di bawah ni.


Hubungi Umie 013-421 5713 (Whatsapp), COD sekitar Putrajaya, Dengkil dan Sepang

Comments

Popular posts from this blog

Giveaway Contest Produk Shaklee Pilihanku

Saper Suka Makan Tongkeng Ayam?

Hadiah Shaklee 180