Nasi lemak Air Kosong

Nasi Lemak

Biasa kita dengar orang sebut nasi lemak kopi o... tp umie makan nasi lemak air kosong...hehehe
Umie suka sgt makan nasi lemak yang dibalut dengan daun pisang, sambail nasi lemaknya ala-ala rasa sambal nasi lemak di Sarawak.. rasa manis dan pedas sikit..

Petang tadi balik dari kerja, terus ke pasar malam di taman rumah umie.. pasar malam kecik jer.. ada beberapa gerai yang menjual makanan, itu pun tak sampai 10 buah gerai. dapatkan u all imagine gerainya banyak mana...hehehe

Nasi Lemak Sedap

Biasanya kalau nak beli nasi lemak memaang akan cari yang ada daun pisang.. aroma daun pisangnya tu yang membuatkan rasa nasi tu sedap. Nak pergi dapatkan daun pisang memang tak akan dapat kalau kat bandar mcm ni.. aklau ada pun kat pasar borong.

Nasi lemak di tamna umie ni dan nasi lemak yang tiap-tiap hari umie lalu kat pejabat JAKIM tu pun sedap.. ada seorangn makcik yang jual nasi lemak dengan harga RM1.30 kalau tak silap umie.

Nasi lemaknya ada telur, ikan masin bulu ayam, kacang, ikan bilis, sambal pun sedap...tp dah 4 hari umie lalu kat situ makcik tu tak meniaga. Kata mereka saudara makcik tu meninggal dan kalau ada pun sebab lain, banyak tempahan nasi lemak pun makcik tu tak meniaga..Nasib baik hari ni ada pasar mlm kat taman umie boleh la beli. tu yang jam 1130mlm baru makan...


Nasi Lemak Air Kosong

Disebabkan dah malam dan malam umie tak minum air manis.. so nasi lemak umie makan bersama air kosong jer.. tp, vitamin umie pun kena telan. 2 bj Phytocol-St nak cegah kolestrol menempel di dalam badan. Lagilah kalau nasi lemak ni memang favorite rakyat Malaysia.

Kalau pergi ke mana-mana hotel kat Malaysia ni mesti ada jer menu nasi lemak.. walaupun demikian, ada nasi goreng, nasi lemak jugak orang cari. kat rumah pun sama, nasi goreng paling simple nak buat tp ramai yang request nak makan nasi lemak yang byk bahan dan rencahnya.

Umie buat post pasal nasi lemak malam ni sb nak tunggu nasi tu hadam dlm perut ni.. karang kalau lepas makan terus tidur, makin berlemak la jawabnya nanti kan..hehhe

So, kalau ada yang terngidam tengok post umie ni, esok pagi boleh jer g cari nasi lemak..
kalau x jumpa, pergi la ke stesen minyak Petronas, mesti ada jer yang jual nasi lemak pagi-pagi.

ok.. Salam Jumaat yang Barakah....Assalamualaikum.



Page : https://www.facebook.com/AthiyyahHannani
No. Hp: 013-4215713 (sms/whatsapp) - 013-8213930 (sms/call)
Emel: shafiedah_n@yahoo.com
COD: Putrajaya, Bangi, Sepang, Nilai, Banting
Pos: Ke seluruh Malaysia dan luar negara

Comments

Popular posts from this blog

Giveaway Contest Produk Shaklee Pilihanku

Saper Suka Makan Tongkeng Ayam?

Hadiah Shaklee 180