Penyusuan Susu Ibu dan Ibu Bekerjaya

Wanita Sebagai Pekerja

tenung dan bayangkan anak anda membesar dengan khasiat susu ibu

Kerja sebagai ibu adalah kerjaya seumur hidup.
Tarikh luputnya apabila rohnya dicabut dari jasad.
Pada zaman dahulu, wanita juga bekerja tp bekerja di sekitar rumah sahaja tanpa perlu berpisah jauh dari anak. Cukup jam, si ibu akan menyusukan anak.
Penyusuan anak adalah satu daripada keperluan anak yang sentiasa diletakkan di tempat tinggi.

Apabila zaman semakin berubah, ramai para wanita mula berkerja jauh dari rumah dan terpaksa berpisah dengan anak dalam masa yang lama. Anak pula dihantar ke rumah pengasuh.
Keadaan ekonomi dan kerana ingin membantu membangunkan ekonomi keluarga, wanita perlu bekerja.

Sejak dari zaman dahulu lagi penyusuan susu ibu memang telah diamalkan dan pada pendapat anda, wajarkah penyusuan susu ibu ini diteruskan padahal susu tiruan sangat mudah didapati di rak-rak pasaraya, diiklankan tanpa batasan dan menjadi satu gaya hidup moden ketika ini.

Pada pendapat umie, penyusuan susu ini ini patut diteruskan kerana kebaikan yang ada pada susu ibu itu adalah susu yang terbaik buat anak anda.

susu ibu antibiotik semulajadi





Mengapa Meneruskan Penyusuan Susu Ibu Walaupun Bekerja?

Wanita sering dilanda dilema apabila perkara tersebut melibatkan anak.
Apabila wanita tersebut bersalin selama 3 bulan(bagi yang bekerja), beratnya rasa hati untuk meninggalkan anak yang masih kecil, yang memerlukan perhatian dan mahu diberikan susu ibu setiap masa.

Sesetengah wanita mengambil keputusan untuk berhenti kerja dengan alasan untuk menjaga dan menyusukan anak. Para wanita tidak sepatutnya perlu berhenti kerja tetapi wanita tersebut perlu ilmu penyusuan susu ibu kerana dengan cara tersebut ibu boleh meneruskan penyusuan susu ibu dengan kaedah alternatif.

Bagi ibu yang bekerjaya, ibu boleh memerah susu semasa berada di pejabat kemudian memerikan susu tersebut kepada anak sekembalinya ke rumah. Antara sebab ibu meneruskan penyusuan susu ibu selepas bekerja adalah:

ibu perlu menyusukan baby selepas bekerja


  1. Satu cara berhubung dengan anak mereka waktu berjauhan. Di celah-celah kesibukan para ibu melakukan kerja, apabila tiba masa memerah, meraka berasa dekat dengan bayi walaupun tiada di hadapan mata.
  2. Ibu dapat memberikan sesuatu yang penjaga bayi mereka tidak dapat berikan. Ia adalah kelebihan ekslusif pada ibu menyusu.
  3. Selepas seharian bekerja, perkara pertama yang ibu lakukan adalah duduk menyusukan bayi, sambil mengusap kepada si anak. Ia adalah terapi rehat yang berkesan. Terima kasih kepada hormon oksitosin yang memberikan kelegaan kepada ibu dan anak.
  4. Ibu percaya kebaikan susu ibu tiada galang gantinya. Ini memberi semangat kepada mereka supaya terus istiqamah memerah susu di tempat kerja, terutama sekiranya bayi mereka alah kepada susu lembu ataupun mudah terkena jangkitan.
  5. Membina keyakinan ibu supaya terus menjadi insan terbaik untuk anak mereka. Memerah susu sewaktu berjauhan dengan anak memberikan perasaan positif kepada diri sendiri.
  6. Salah satu manifestasi kasih sayang berpanjangan ibu kepada anaknya tidak kira keadaan tempat dan masa.
Amat bertuah dan beruntung ibu yang dapat menyusukan anak mereka. Di entry sebelum ini umie pernah share mengenai pemberian susu ibu versus penyusuan. 

Beberapa negeri di Amerika Syarikat sudah menggubal akta melindungi hak wanita bagi mendapatkan waktu memerah susu sewaktu bekerja. California, Florida dan Texas adalah antara negeri yang sudah melaksanakan akta itu sejak tahun 1990-an lagi.

Kebanyakannya ibu paling exclusive menyusukan bayi adalah sehingga 6 bulan sahaja dan hanya lebih kurang 40% berbanding negara luar yang mencecah 50% sehingga 80% dan sehingga 2 tahun memang amat sedikit.

Ok, rasanya itu sahaja yang umie nak sharekan pada pembaca blog umie mengenai penyusuan susu ibu yang bekerjaya.

  

Renung-renungkan....Assalamualaikum.

Comments

Popular posts from this blog

Giveaway Contest Produk Shaklee Pilihanku

Saper Suka Makan Tongkeng Ayam?

Hadiah Shaklee 180