Pemberian Susu Ibu Versus Penyusuan Susu Ibu

Yes, puan mengandung


Apabila anda disahkan mengandung oleh doktor mesti anda telah bertekad untuk menyusukan anak anda sepenuhnya. Sungguh bertuah kepada anda dimana Allah mengurniakan anak dan memberikan penyusuan sepenuhnya kepada anak tersebut.

Selama 9 bulan mengharungi dengan penuh kesabaran, menyiapkan diri bagi menjadi seorang ibu yang terbaik. Sebaik sahaja bayi anda dilahirkan dan diletakkan di atas dada, suatu keindahan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Mulut kecil bayi menghisap payudara, dan inilah permulaan terhebat dalam kehidupan baru yang anda alami dan tidak semua orang akan alami.


Susu Ibu

Susu ibu adakah hadiah terbaik yang dapat ibu bapa berikan kepada anak mereka tanpa bayaran modal. Modalnya hanya ilmu dan kasih sayang. Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi, bukan sahaja fizikalnya, malah yang lebih penting untuk emosi dan rohaninya.

Mamalia dan Penyusuan

Manusia antara mamalia paling primitif semasa dilahirkan. bayi manusia tidak perlu terus berjalan ataupun menjaga dirinya sendiri. Mereka juga tidak memerlukan susu yang tinggi lemak dan protein bagi mengimbangi suhu badan dan memperkuatkan otot. Dua tahun pertama selepas kelahiran adalah tempoh kritikal bagi perkembangan otak yang optimum. Susu ibu mengandungi asid lemak dan laktosa yang sangat penting demi pertumbuhan otak bayi.

 

Pemberian Susu Ibu Versus Penyusuan Susu Ibu

Penyusuan susu ibu bukanlah semata-mata memberikan susu ibu kepada anak, malah lebih dari itu. Pemberian susu ibu adalah simbol kasih sayang dan jaminan keselamatan. Disamping keghairahan ibu-ibu memerah susu untuk dijadikan stok susu, penyusuan terus dari payudara tidak wajar diabaikan.

Hubungan penyusuan pada payudara memberi kesan mendalam kepada anak. Interaksi ibu dan anak penting bagi menjamin tumbesaran emosi dan psikologi yang seimbang kepada kedua-dua ibu dan anak.

Tanda-Tanda Awal Bayi Memerlukan Susu

Sebagai seorang ibu haruslah memerhatikan pergerakan anak bukan melihat kepada jam masa sepatutnya anak itu ingin menyusu. Perhatikan tanda-tanda awal bayi bersedia menyusu:

1. Badan bayi bergerak-gerak
2. Bayi menggerakkan tangan ke mulut dan kadang-kadang meghisap tangan
3. Mulut bayi terbuka dan seolah-olah sedang menghisap sesuatu
4. Mulut bayi tercari-cari puting apabila disentuh

Tanda-Tanda Bayi Mendapat Susu Secukupnya

Tanda-tanda bayi mendapat susu yang cukup dapat kita lihat seperti berikut:

1. Bayi kelihatan kenyang dan tenang selepas menyusu. Biasanya bayi tertidur dan melepaskan sendiri payudara ibu.
2. Kulit bayi tegang dan lembap
3. Berat bayi bertambah mengikut umur

Penyusuan Selama 2 tahun

Baru-baru ini customer umie mengadu yang susunya semakin berkurangan dan anaknya baru  9 bulan. Kalau ikutkan nak menyusukan anak sehingga 2 tahun. Lagi pun anaknya adalah anak sulung.
Umie telah mengesyorkan kepada beliau dengan Set Menyusu Shaklee dan memandangkan beliau selalu penat dan susunya kurang.


Dengan adanya Set Menyusu ini dapat membantu beliau untuk kembali bertenaga, menghasilkan susu yang banyak, berkhasiat dan pekat. Dengan berbekalkan vitamin ini susu beliau mengandungi nutrien yang mencukupi untuk belian dan juga anaknya. Payudaranya juga cepat penuh setelah susu di pam.

Betapa pentingnya penyusuan susu ibu kepada anak sehingga 2 tahun supaya anak mendapat nutrien yang mencukupi, sihat, aktif dan bertenaga.

Walaupun umie belum berpeluang merasi saat manisnya menyusukan anak.. tp pengetahuan umie dalam memberi pendedahan secara teori kepada customer umie dan beliau telah mempraktikkannya, alhamdulillah..beliau berjaya dengan izin Allah swt untuk menghasilkan susu yang byk dan beliau sangat gembira.

Allah belum memberikan rezeki anak kepada umie tp Allah swt berikan anda untuk umie bantu anda. Selain adanya suplemen, umie juga membeli buku untuk pengetahuan umie sendiri mengenai penyusuan. Buku tersebut umie beli dari kawan ofis yang berkaitan dengan Membesarkan Anak Hebat dengan Susu Ibu dari Dr. Faridah Idris. Buku tersebutlah rujukan yang umie gunakan untuk membantu anda yang memerlukan. 

Sebarang consultasi lebih lanjut dan persedian untuk anda yang ingin menyusukan anak secara eksklusif selama 6 bulan dan diteruskan sehingga 2 tahun, boleh kongsikan kepada umie untuk umie bantu anda.




Page : https://www.facebook.com/AthiyyahHannani
No. Hp: 013-4215713 (sms/whatsapp) - 013-8213930 (sms/call)
Emel: shafiedah_n@yahoo.com
COD: Putrajaya, Bangi, Sepang, Nilai, Banting
Pos: Ke seluruh Malaysia dan luar negara



Comments

  1. Replies
    1. betul Nurul Huda, untung mereka yang menyusukan anak.

      Delete
  2. susu ibu buatkan antibodi anak kuat..syukur saya dpt pengalaman berharga ini.
    dengan supplement2 shaklee lagi menguatkan semangat untuk penyusuan secara eksklusif...:)-

    ReplyDelete
    Replies
    1. umie kalau diberi peluang untuk mengandung.. memang umie nak direct breastfeed sb tu salah satu cara nak eratkan hubungan anak dan ibu..

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Giveaway Contest Produk Shaklee Pilihanku

Saper Suka Makan Tongkeng Ayam?

Hadiah Shaklee 180