Assalamualaikum dan selamat malam.

Dah lama dah blog ni tak berupdate tapi bila ada customer yang whatsapp umie tata-rata dari blog ni. Ada yang tanya pasal vitamin untuk mata, vivix dan banyak lagi vitamin yang lain.

Walaupun banyak media sosial sekarang ni, blog tetap menjadi pilihan ramai pada yang suka membaca.

Hari ini hari Sabtu, tak keluar ke mana-mana memandangkan sekarang masih PKPB dan jumlah yang dijangkiti Covid ni meningkat ke 1.7 ribu orang yang terbanyak sekali di Sabah. Pray for Sabah.
Jadi hari ni umie duduk di rumah saja. Husband umie pulak keluar sebab nak service kereta memandangkan dah berbulan-bulan kereta tu tak di service di sebabkan nak kena buat temu janji dahulu sebelum ke tempat service kerata.

Jadi hari ni umie tak tahu nak makan menu apa untuk tengahari jadi umie bancuh jer la ESP dan Fresh Milk. Alhamdulillah kenyang.

Dulu umie ni tak suka soya. Bila tiba bulan Ramadhan dan wajib puasa, barulah umie akan buat stock ESP ni di rumah memandangkan umie tak makan makanan berat time bersahur. Kadang-kadang 1 tin ni tak habis pun. Tapi entah kenapa, sejak PKPB ni umie tercari-cari pulak ESP ni dan boleh minum setiap hari. Sangat luar biasa pulak penangan ESP kali ni



Kenapa umie suka EPS ni sebab untuk awet muda. Bila rambut kita cantik, kuku cantik, sihat, darah okay dan organ dan kulit pun bagus memang kita akan nampak lebih awet muda. 

Beberapa hari ni umie terlewat period lebih kurang 1 minggu lewat dari tarikh sepatutnya. Umie amalkan minum ESP ni pun dah hampir 1 minggu jugak. Then selepas seminggu umie pun period. Alhamdulillah.. ESP ni bagus untuk hormon. Semua orang tahu yang kacang soya ni bagus untuk hormon dan satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones. Banyak kebaikan isoflavones ni untuk kita contohnya melancarkan metabolisme, pencernaan, menurunkan kadar kolestrol, menghilangkan rasa penat dan lesu dan banyak lagi.

Itulah sebabnya kenapa kita digalakkan minum ESP setiap hari kerana kandungan yang terdapat dalam kacang soya ni boleh membekalkan tenaga sepanjang hari terutama bagi ibu-ibu yang menyusu. Sebab bila ibu yang menyusukan anak setiap hari, badan akan jadi lesu dan kurang bertenaga. Bila mengambil ESP setiap hari selain memberi tenaga pada badan ESP ni boleh jadi milk booster.




Hari ini umie dah minum 1 gelas ESP dan memang badan cergas jer. Ingatkan tadi nak tidur tengahari sebab tak ada nak buat apa kat rumah then umie layan la movie.

Ermmm sedapnya minum ESP, lihat la buih-buih tu memang menyelerakan jer nampaknya.
Setiap hari disarankan untuk minum bersama dengan 3 sudu ESP setiap kali minum. Boleh juga ditambah dengan susu, horlick, atau buah-buahan di blend.

Berminat nak cuba ESP ni boleh jer whatsapp seperti nombor dibawah.





Hubungi Umie 013-421 5713 (Whatsapp), COD sekitar Putrajaya, Dengkil dan Sepang

Comments

Popular posts from this blog

Giveaway Contest Produk Shaklee Pilihanku

Saper Suka Makan Tongkeng Ayam?

Hadiah Shaklee 180