Ofis Shaklee dah pindah?
Umie dah join Shaklee masuk tahun ke 4.. maksudnya 4 tahun dah tu.. join Shaklee 31 Januari 2013.
Apa yang bestnya pasal Shaklee ni? Kenapa umie still setia pada Shaklee?
Bestnya bisnes Shaklee ni sebab umie sendiri amalkan makanan tambahan dari Shaklee then sambil makan sambil dapat point. Pointnya bukan sikit-sikit tau dan amalkan join shaklee bukan setakat dapat income tapi sihat tu yang penting. Sebab sihat ni lebih berharga dari wang ringgit.
Kalau dah sakit, nilai sihat tu lebih tinggi dari wang ringgit. Kos rawatan pun jadi lagi makin mahal.
Umie suka sangat konsep shopping di Shaklee di tempat baru ni. Kita boleh tengok sendiri barang yang kita nak, kuantiti barang tinggal brapa banyak pun kita tau. Berkurang jer stock Shaklee di rak, ada jer staff Shaklee yang akan top up stock sebelum kehabisan. Bakul pun disediakan.
Nampak sendiri stock di rak sampaikan rasa tak nak stop tangan ni nak masukkan semua vitamin dalam bakul tu. Antara sebab itulah di rumah umie pun ada ready stock. Kalau ada jer customer nak vitamin Shaklee.. umie terus akan hantar keesokan harinya pada customer kalau ada yang nak COD. Kalau jauh umie akan pos kan je..
Shaklee dah siap asingkan dah setiap vitamin tu. Macam contoh Set Kecantikan Shaklee ni.. ada sudut khas untuk Produk Enfuselle, Nutri White, Prosante dan juga barang keperluan harian seperti Daily Care.
Cuba tengok gambar tu... Shaklee dah dapat tau dah mana Best Seller atau Top 10 produk yang digemari rakyat Malaysia.
Top 1 nya mestilah Vivix. Walaupun harga dah lebih dari sebelah tangan.. tapi memang ramai jugak yang beli sebab keberkesanan produk itu sendiri. Banyak dah testimoni berkaitan vivix ni dan termasuk la arwah mak umie sebelum ni pun amalkan vivix untuk buah pinggangnya dan diteruskan pulak ayah umie yang sebelum ini pernah stroke. Al fatihah untuk arwah mak umie dan moga ayah makin bertambah sihat.. aamiin..
Setiap produk Shaklee dah ada barcode pada botolnya. Sampai di kaunter diorg akan scan sahaja dan di kaunter ni jugak dah diasingkan kaunter untuk Master Coordinator Shaklee sebab biasanya diorg ni akan borong barang banyak dan no wonder la ada kaunter khas untuk diorang.
HQ Shaklee sebelum ni terletak di Bangunan Pinnale Sunway tingkat 9. Tapi sekarang Shaklee dah berpindah ke bangunan yang baru iaitu di Lobi Sunway Geo. Mudah sangat dah nak ke Shaklee sebab tak perlu nak naik lift sampai tingkat 9 dah.
Join Shaklee ni dari register sebagai ahli sampailah barang sampai pada customer memang sangat mudah. Sebab itulah ramai yang recommend kan Shaklee untuk bisnes sambil bantu badan untuk lebih sihat.
Umie akan tetap bersama Shaklee kerana Shaklee adalah bisnes pertama umie yang boleh dapat income sehingga 4 angka setiap bulan.
Hopefully korang yang dah join Shaklee jangan berputus ada yer.. setiap orang ada ujiannya dalam berbisnes. Di sebabkan sabar dengan ujian sebab itulah umie still bersama Shaklee dan juga downline umie.
Comments
Post a Comment