Meng'CHEESE' CAKE LELEH

Saper hobinya suka mencuba resepi? Sila angkat tangan...hihihi

Umie adalah salah seorang daripadanya...buat-buat..last2 yang makan husband...x habis bawa g ofis..heheh

Hujung minggu memang full sb kalau tak menjahit umie akan try resepi.. biasanya buat kek atau roti jer...



Ni kek cheese leleh yang umie buat hari ni...Resepi ni umie mintak dari kawan umie..

Nak resepinya ker? u all boleh tengok kat bawah ni okay...

Bahan untuk Kek:
 
1 kg tepung optima @ sponge
1/2 ketul butter di cairkan
10 biji telur
1 sudu ovalette
1 gelas air
sedikit esen vanila


Pukul telur, esen vanila dan ovalette sampai kembang. kalau x muat kena pindahkan ke bekas lainlah yer.. ni baru telur dan ovalette dah tak muat gini..heheh

Lepas tu masukkan butter cair, tepung dan air.. Pukul lagi sampai jadi sebati. Dah sebati, boleh masukkan ke dalam acuan. Kalu boleh guna acuan nipis ker dalam acuan 2' tinggi jer.. senang nak ngappp...

Untuk Topping:

1 buku cheedar cheese (umie guna jenama Bega)
250gm cream cheese
3/4 tin susu manis
kalau nak lebih manis boleh buat 1 tin

Cream cheese dan susu di pukul hingga kembang dan sebati.

Bakar kek dalam suhu 150 darjah dan 25 minit.. suhu ni bergantung kepada oven masing-masing. Kalau nak tahu kek tu dah masak.. boleh cucuk cengan lidi, kalau xda kek melekat pada lidi, so kek tu dah masak.

Biarkan sehingga kek suam barulah letak topping dan parutkan cheddar cheese atas kek tersebut.

So.. siap la kek tersebut...  

** kalau nak buat separuh adunan pun boleh semua bahan tu dibahagi 2... guna separuh dari bahan tu.

Lepas makan kek ni jangan lupa telan Lecithin dan Omega yer.. tak pasal-pasal berat naik mendadak kalau makan kek ni banyak-banyak nanti... Kalau rasa nak order Lecithin dan Omega tu boleh jer contact umie k..hehhehe

Comments

Popular posts from this blog

Giveaway Contest Produk Shaklee Pilihanku

Saper Suka Makan Tongkeng Ayam?

Hadiah Shaklee 180