Vivix dan Dialisis Pesakit Buah Pinggang

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl


Minor Operation AVF


Pada  27 Disember 2014, umie balik ke Sarawak sebab nak uruskan urusan mak umie untuk minor operation AVF pada 28 Disember 2014 di Rajang Medical Centre, Sibu Sarawak. AVF ni singkatan untuk Arteriovenous (AV) Fistula. 

cara untuk buat dialisis buah pinggang
http://www.commonwealthsurgical.com/hemodialysis.htm



Actually pihak Hospital Sibu Sarawak dah call mak umie utk buat AVF ni awal tahun 2014 tp memandangkan mak tak nak buat, so kami pun tak boleh nak paksa. Setiap kali umie balik kampung, umie memang akan bawa mak umie ke hospital swasta untuk dapatkan consultation dari doktor supaya mak umie terbuka hati nak buat dialisis ni.


Langkah sebelum buat dialisis ni perlukan tempat pada badan dimana alat utk dialisis ini boleh dipasang. Kebiasaannya ia ditebuk di leher, lengan atau di perut. Kebanyakkan yang umie tengok ia ditebuk di leher kerana pada masa itu pesakit tersebut telah mengalami simptom-simptom yang memerlukan pesakit tersebut untuk buat dialisis dengan segera. 

Hospital Swasta di Sibu

Selepas buat AVF ni, pesakit tidak dibenarkan untuk buat kerja yang berat dan perlu rehat yang secukupnya supaya ia cepat matang dan boleh digunakan.

Pesakit buah pinggang ni akan tahu dia mengidap sakit buah pinggang apabila simptom-simptom seperti sesak nafas, badan bengkak terutamanya muka, kaki dan tangan kerana air dalam badan pesakit tidak dapat di keluarkan. Simptom pertama yang umie nampak pada mak umie adalah Edema.


bengkak pada anggota badan kerana air tidak dapat dikeluarkan
google

Edema ini adalah di mana  keadaan tubuh badan yang bengkak kerana lebihan cecair dalam badan terutamanya air. Pesakit buah pinggang ini sebolehnya tidak boleh minum air yang berlebihan dan ia akan menyebabkan edema.

Kenapa Buah Pinggang Boleh Rosak?

Umie dimaklumkan oleh doktor bahawa, buah pinggang mak umie rosak di sebabkan kesan daripada penyakit kencing manis dan telah dikesan sejak tahun 2009. Pada tahun 2013 mak umie pernah admit ward dan doktor pernah menyarankan untuk buat rawatan susulan buah pinggangnya. Dalam tempoh tersebut, mak umie konsisten amalkan Vivix Shaklee yang pada masa tu umie baru jer join Shaklee dan tujuan utama join sb nak beli suplemen untuk mak dan ayah umie. Sehingga sekarang masih lagi amalkan vivix

Memandangkan umur mak umie dah melebihi 60 tahun, so doktor tak cadangkan untuk buat pemindahan buah pinggang memandangkan mak dah tua dan ketahanan badannya semakin berkurang dan lebih-lebih lagi mak mengidap anemia. Sebab itulah mak umie nampak pucat dan cepat letih.

pasar sarikei

Untuk pengetahuan you all.. tahap bacaan creatinine mak umie telah melebih 1000 dan tahap creatinine normal bagi orang dewasa adalah tidak melebihi 100. Disebabkan itulah doktor menyegerakan mak untuk buat AVF di hospital swasta memandangkan bilangan pesakit yang memerlukan pembedahan di hospital kerajaan pun ramai. Kos pembedahan adalah bergantung kepada sesetengah hospital. Pihak Rejang Medical Centre memaklumkan anggaran kos pembedahan adalah sebanyak RM3000 dan alhamdulillah.. walaupun kos sebanyak itu, tapi umie sebagai kakitangan kerajaan boleh membuat tuntutan mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2001(PP Bil 4/2001).

Pada 25 Januari 2015 ini, mak akan berjumpa semula doktor berkenaan  dan jika lengannya dah matang dan tarikh untuk buat dialisis akan dimaklumkan. Semoga urusan mak umie dipermudahkan.

Vivix Shaklee

Walaupun mak umie akan start buat dialisis, umei tetap akan bagi mak umie suplemen yang terbaik untuknya. Vivix memang akan tetap diterus supaya mak lebih bertenaga dan semakin sihat. Memandangkan bulan ni Promo vivix buy 6 free 1 dan buy 2 get 5% off, wajiblah umie memborong untuk keperluannya setiap bulan dan tarikh luput vivix ni adalah pada Ogos 2015.

sesuai untuk semua jenis penyakit

Ini adalah sebahagian botol vivix yang mak umie amalkan sejak tahun 2014 yang sempat dikumpul.. selebihnya kakak umie dah buang...hehehehe.

Semoga umie masih mampu untuk membekalkan vivix ni untuk mak.. in shaa Allah..

Comments

  1. Assalam..bkesan ke vivix ni..mak awak buat jgk dialisis even da mkn vivix??

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah... masa hayat mak saya masih ada.. dia amalkan vivix ni untuk tenaga sb setiap kali lepas dialisis badan akan jadi lemah.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Giveaway Contest Produk Shaklee Pilihanku

Saper Suka Makan Tongkeng Ayam?

Hadiah Shaklee 180